Tuesday, December 21, 2010

AMALAN PUASA SUNAT SETIAP BULAN

Assalamualaikum wbt..

semoga antum dalam keadaan ceria dan syukur dengan nikmat Allah swt.. puasa adalah menahan diri dari makan dan minum dan perkara yang boleh membatalkannya... puasa ramadhan adalah puasa wajib bagi seluruh umat islam khususnya,, namun begitu, ingin sya kongsikan di sini tentang amalan puasa sunat 3 hari setiap bulan Islam..iaitu muharam, safar, rabiulawal,dan seterusnya.. moga selepas ini kita sentiasa istiqamah utk terus mengamalkan puasa ini...


Apakah dalil disunatkan berpuasa tiga hari setiap bulan?

Sabda Nabi s.a.w.; “Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.). Abu Hurairah r.a. juga pernah menceritakan; “Temanku (yakni Rasulullah s.a.w.) telah mewasiatkanku dengan tiga perkara;

1. Berpuasa tiga hari pada setiap bulan.
2. Mengerjakan dua rakaat solat dhuha.
3. Menunaikan solat witir sebelum aku tidur”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Apa hari-hari terbaik untuk berpuasa tiga hari setiap bulan tersebut?

Hari terbaik untuk berpuasa tiga hari tersebut ialah hari ke 13, 14 dan 15 pada setiap bulan. Bulan yang dimaksudkan ialah bulan Islam, bukan bulan Masihi. Hari-hari tersebut dinamakan dengan hari-hari putih dan mempunyai fadhilat khusus yang akan kita sebutkan nanti.

Namun jika tidak dapat memilih hari-hari tersebut, harus memilih hari-hari lain asalkan mencukupi tiga hari. Ini berdalilkan riwayat dari Mu’azah al-‘Adawiyyah r.a. yang menceritakan bahawa ia bertanya Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Adakah Rasulullah berpuasa tiga hari dari setiap bulan?”. Jawab ‘Aisyah; “Ya”. Aku bertanya lagi kepadanya; “Pada hari-hari yang mana dalam sebulan itu baginda berpuasa?”. Aisyah menjawab; “Baginda tidak menghiraukan hari-hari mana dalam sebulan itu untuk ia berpuasa (yakni baginda tidak mengkhususkan hari-hari tertentu untuk berpuasa)” (Riwayat Imam Muslim).

Melihat kepada amalan Sahabat dan Tabi’in; Saidina Umar bin al-Khattab, Ibnu Mas’ud, Abu Dzar dan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie memilih berpuasa pada tanggal 13, 14 dan 15 iaitu hari-hari putih tadi. Imam an-Nakha’ie dan beberapa ulamak yang lain memilih tiga hari di akhir bulan.
 Sebahagian ulamak yang lain –antaranya Imam al-Hasan- memilih tiga hari di awal bulan. Saidatina Aisyah r.a. dan sekumpulan ulamak memilih untuk berpuasa pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin pada suatu bulan dan hari Selasa, Rabu dan Khamis pada bulan berikutnya. Imam Malik pula berpuasa pada hari pertama, hari ke sepuluh dan hari ke dua puluh pada setiap bulan”. (Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, jil. 8, hlm. 53-54).

ADAKAH TERPELIHARA AURAT KITA..

zaman bertukar zaman, semakin maju dan moden, sehinggakan masyarakat masa kini sudah tidak menitik beratkan soal aurat mereka, meski ia terdedah atau tidak, itu perkara biasa, seolah-olah pengaruh barat sudah berjaya diserap masuk dalam kehidupan seharian... namun begitu tidakkah sedar akan azab Allah bagi mereka yang mendedahkan aurat...persoalannya.. adakah aurat kita terpelihara..?? jawapan ada pada anda...
dan saya ingin berkongsi perkongsian yang saya dapati dari ustaz ahmad adnan fadzil....barakallah..

Apakah aurat?

Aurat bermaksud bahagian badan yang haram didedahkan oleh kaum wanita atau lelaki, atau dalam pengertian yang lain yang wajib ditutup oleh mereka.
Apa hukum yang berkait dengan aurat secara amnya?

Secara amnya, hukum yang berkait dengan aurat ialah;[1]
1. Haram mendedahkannya, yakni wajib menutupnya
2. Haram melihat kepadanya
3. Wajib menutupnya ketika solat
4. Hukum sentuhan; haram menyentuh aurat orang lain. Begitu juga, haram lelaki menyentuh wanita yang bukan mahramnya dan haram wanita menyentuh lelaki yang bukan mahramnya termasuk bersalaman.

Apa hukum menutup aurat? Apa dalilnya?

Tidak ada khilaf di kalangan ulama’ bahawa setiap orang Islam –sama ada lelaki atau wanita- wajib menutup aurat dari pandangan orang lain melainkan orang-orang yang dikecualikan oleh Syara’. Dalil kewajipan menutup aurat terdapat di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah.

Apakah dalil-dalil kewajipan menutup aurat dari al-Quran?

Pertama; Firman Allah dalam surah an-Nur;

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan” (30). “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kepada Allah, wahai orang-orang beriman, supaya kamu berjaya”. (31)

Di dalam ayat di atas ada dua perintah Allah untuk kaum lelaki dan ada empat perintah untuk kaum wanita. Dua perintah untuk kaum lelaki ialah;

1. Perintah supaya menyekat pandangan. Ia merangkumi dua jenis;[2]

a) Menyekat pandangan dari melihat aurat orang lain sekalipun sama sejenis. Melihat kepada aurat adalah haram sekalipun tanpa syahwat.

b) Menyekat pandangan dari penglihatan yang mendatangkan syahwat. Para ulamak sepakat menyatakan bahawa; haram melihat dengan syahwat hatta kepada mahram sendiri walaupun yang dilihat itu bukan aurat (kecuali melihat kepada suami atau isteri).

2. Hendaklah mereka memelihara kemaluan kecuali terhadap isteri dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki. Menjaga di sini ialah menjaga dari zina. Ada juga ulama’ yang berpandangan; menjaga dari mendedahkannya kepada orang lain (yakni arahan Allah di sini ialah arahan supaya menutup aurat/kemaluan dari pandangan orang lain). Kata Abu ‘Aliyah; ‘Setiap arahan yang terdapat di dalam al-Quran supaya menjaga kemaluan, maka maknanya ialah menjaga dari berzina kecuali dalam ayat ini di mana yang dikehendaki dari arahan tersebut ialah menutup kemaluan sehingga tidak dilihat oleh mata orang lain”.
Empat perintah untuk kaum wanita pula ialah;

1. Perintah supaya menjaga pandangan

2. Perintah supaya menjaga kemaluan dari zina dan dari mendedahkannya kepada orang lain.

3. Perintah supaya menutup aurat. Perintah ini merangkumi dua arahan;

(a) Arahan jangan mendedahkan perhiasan di badan kecuali yang zahir daripadanya, yakni perhiasan-perhiasan yang berada di bahagian badan yang harus dizahirkan (yakni tidak wajib ditutup) iaitulah muka dan tangan (mengikut pandangan jumhur ulama’). Juga dikecualikan apabila ia berhadapan dengan beberapa lelaki yang disebut di dalam ayat iaitu suami, bapa kandung, bapa mertua dan sebagainya.

(b) Arahan supaya bertudung hingga menutupi leher dan dada.

4. Arahan jangan melakukan perbuatan untuk menarik perhatian lelaki iaitu menghentakkan kaki untuk memperdengarkan bunyi gelang kaki supaya lelaki yang mendengarnya mengalih perhatian kepadanya. Termasuk dalam kategori larangan yang serupa ialah larangan memakai wangi-wangian semasa keluar dari rumah.[3]

Kedua; Firman Allah dalam surah al-Ahzab;

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal[4], karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang”. (al-Ahzab: 59)

Di dalam ayat di atas, Allah memerintahkan wanita Islam supaya memakai Jilbab. Menurut Imam Abu Bakar ibnu al-‘Arabi; para ulama’ berikhtilaf dalam mentafsirkan jilbab. Namun lafaz-lafaz yang mereka gunakan hampir memberi pengertian yang serupa di mana asasnya ialah pakaian yang menutup/melitupi badan. Dengan pengertian ini, maka ayat di atas merupakan arahan kepada sekelian wanita Islam supaya menutup badan mereka…”.[5]

Apakah dalil-dalil kewajipan menutup aurat dari as-Sunnah?

Pertama; Dari Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda;

لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ، وَلاَ يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ، وَلاَ تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ
“Janganlah seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki yang lain dan janganlah seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain. Janganlah seorang lelaki berada bersama lelaki lain dalam satu pakaian/kain dan janganlah seorang perempuan berada bersama perempuan lain dalam satu pakaian/kain”. (Riwayat Imam Muslim)

Kedua; Bahzun bin Hakim meriwayatkan dari bapanya yang meriwayatkan dari datuknya (iaitu Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairy –seorang sahabat yang masyhur-) menceritakan; Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; aurat kami; bila kami boleh dedahkan dan bila kami wajib menutupnya? Jawab Nabi s.a.w.;

احفظ عورتك الا من زوجتك أو ما ملكت يمينك
“Jagalah aurat kamu kecuali dari isteri kamu dan dari hamba yang kamu miliki”.
Aku bertanya lagi; bagaimana jika salah seorang kami berada bersendirian?
Jawab baginda;

فاللّه أحق أن يستحي منه
“Allah adalah paling layak kamu berasa malu dari orang lain”.
(HR Imam Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan)

Rujukan :

[1] Al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul Wahhab bin Abdus Salam Tawilah, hlm. 14.
[2] Al-Albisah Wa az-Zinah, hlm. 43.
[3] Tafsir surah an-Nur, Dr. Abdullah Mahmud Syahatah, hlm. 147.
[4] Yakni mudah dikenali bahawa mereka adalah wanita merdeka, bukan hamba. Atau mudah dikenali bahawa mereka adalah wanita Islam, bukan wanita kafir. (Lihat as-Asas fi at-Tafasir).
[5] Dipetik dari Fatwa mufti Mesir tahun 1981 iaitu Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq. (Rujukan; Mausu’ah Fatawa Dar al-Iftak al-Mishriyyah, ter. Majlis al’A’la Li asy-Syuun al-Islamiyyah, Mesir).

KEWAJIPAN ANAK TERHADAP KEDUA IBUBAPA



Salam ukhuwah sahabat, teman, yang sentiasa dirahmati Allah…bila ditanya, apakah yang paling berharga di dunia ini.. pasti ada yang menjawab berlian emas permata dan sebagainya,,, ada pula yang menjawab tiada lagi yang lebih bernilai melainkan nikmat iman dan islam, dan ada juga yang berkata yang berharga itu adalah sahabat yang sentiasa disisi…semua yang di atas memang benar, namun jangan kita lupa bahawa satu perkara yang paling berharga di sisi kita sekarang ini adalah kedua ibu bapa.

Setiap insan mempunyai ibu bapa, siapalah kita tanpa mereka,, oleh yang demikian, marilah berbuat baik kepada mereka, selagi mereka masih di sisi, jika yang sudah tiada, doakanlah mereka dengan sebaiknya. Sesungguhnya berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu amalan yang mulia dalam islam. Bahkan redha Allah kepada anak bergantung kepada redha ibubapa terhadapnya. Sabda Rasulullah saw bermaksud: “redha Allah itu berada dalam redha kedua orang tua, dan murka Allah itu berada dalam murka kedua orang tua”.(riwayat Abdullah bin ‘Amr)

Jadi apa lagi yang mahu diragukan,, apa lagi yang mahu dinafikan, adakah sukar melakukan kebaikan kepada ibu bapa? Adakah sukar untuk berbakti kepada mereka?..sesungguhnya telah termaktub bahawa ia adalah kewajipan seorang anak. Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr Ash r.a.. bahawa ia berkata:
“seorang anak lelaki datang menghadap Rasulullah seraya berkata, “ aku mengadakan perjanjian denganmu untuk berhijrah dan berjihad demi mencari pahala daripada Allah”. Nabi bertanya, “ apakah ada seorang di antara orang tuamu yang masih hidup?”.Ia menjawab, “ bahkan keduanya masih hidup”Rasulullah bertanya lagi, “ apakah engkau ingin mencari pahala daripada Allah?.”Ia menjawab, “ya” nabi bersabda: “ kembalilah kamu kepada orang tuamu dan layanlah mereka dengan baik”

Dikisahkan lagi bahawa jahamah r.a telah mendatangi Rasulullah saw seraya berkata, “ wahai Rasulullah, aku ingin berperang dan aku dating untuk bermusyawarah denganmu.” Nabi bertanya, “ apakah kamu mempunyai ibu?” dia menjawab, “ ya”. Baginda bersabda: “ tinggallah dan berbaktilah kepadanya kerana sesungguhnya syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu”.

Nah,,sahabat,,ternyata bahawa berbuat baik kepada kedua ibu bapa itu sangatlah diutamakan, demi mencari redha Allah..masyaAllah..muhasabah diri kita kembali..adkah sudah berbakti pada mereka,,, adakah sudah kita layani mereka dengan layanan yang baik… adakah sudah kita berterima kasih kepada mereka….renungkan untuk menggapai redha Allah…insyaAllah
Wallahua’lam..

Sunday, December 12, 2010

APA KATA HATI..

Apa kata hati...

Denyutan nadi ini adalah milik Allah.. degupan jantung ini jua adalah milik Allah...darah yang mengalir di tubuh ini adalah milik Allah... urat dan saraf ini milik Allah...segala yang ada padaku ini adalah milik Allah...begitu jua dengan hati ini...

Allah yang memegang hatiku, yang memelihara diriku, melindungiku, memberi nikmat yang tidak terhingga padaku, aku bersyukur pada setiap yang telah Dia berikan padaku, aku hanya pinta, wahai Allah yang membolak-balikkan hati, janganlah Kau palingkan hatiku setelah Kau memberi hidayah padaku,,aku insane yang lemah lagi hina..

Apa kata hati pabila seorang datang menjenguk, apa kata hati bila seorang datang bertandang,, hati suka, hati gembira, hati takut, hati sedih, hati berwaspada,, hati kata jangan terlalu gembira dan bersedih, yakinlah bahawa ia dari Allah untuk menguji imanmu menguji aqidahmu, jangan sekali kamu terpedaya dengan permainan dunia..

Namun, hati tewas dek permainan dunia, hati jadi lalai, leka dan lena, semuanya dimamah gembira dengan keasyikan dunia..kesedaran pantas mengetuk pintu hati,,keinsafan datang silih berganti,,menyesal kerna dosa dan noda yang dilakukan,,astagfirullahalazim,,alangkah sedih dan kecewa kerna tidak dapat mempertahankan iman dan takwa, betapa lemahnya diri ini..betapa hinanya diri ini disisi Allah..ampuni aku Allah ya Rahman ya Rahim..pimpin dan bimbinglah diri ini...

Hari demi hari, semakin dekat dengan Dia, Alhamdulillah,,terimakasih Allah...
Satu masa, hati sekali lagi terkesan akan suatu yang amat sakit, hati jadi kecewa yang teramat sangat, hati jadi marah, hati tidak percaya dengan apa yang berlaku, hati bermonolog- mengapa dia begitu,mengapa dia begini, sanggup dia melukakan hati- hati terlalu sedih saat itu, hati membuat keputusan untuk jauh dari semua itu dan terus mengabdikan diri pada Allah, hanya bergantung harap pada Allah, akhirnya hati kembali tenang, hati kembali ceria, semuanya kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,, tidak puas-puas meminta pertolongan dan petunjuk Allah..

Namun begitu, meski hati cuba menjauh dengan dia(seseorangitu), hati gagal, hati terasa semakin dekat dengan dia, hati terus berserah, hati pasrahkan segalanya, hati yakin dengan Allah,,Alhamdulillah, satu hari diri ini semakin ceria kerna hati jua begitu, dia bertandang sekali lagi, hati kata suka, diri menafikan apa kata hati, diri ini hanya insan biasa, biarlah Dia yang menentukan, andai dia adalah orangnya, diriku sentiasa lapang menerimanya dengan hati yang sentiasa terbuka kerana nama dia masih ada disini,tidak pernah hilang walau cuba dibuang,tidak pernah berganjak walau cuba menolak,tidak pernah berubah walau batas waktu memisahkan,ia tetap sama, semuanya kerana hati ini tertaut dengan dia...hati kata- yakin pada Allah,berdoa pada Dia,Dia Maha Mendengar,- diriku hanya tersenyum mendengar apa kata hati.... 

Ya Rabb andai sudah tertulis dia untukku Kau satukanlah hatinya dengan hatiku,,berikanlah aku seorang yang soleh agar dia dapat membimbingku juga zuriat-zuriatku,,permudahkan lah segala urusan kami di dunia dan akhirat, lapangkan rezqi kami,,Engkau yang Agung ya Illahi,,,aminyarabbal a’almin.


(zaujah solehah)
12.00pm
sunday






Saturday, December 11, 2010

NOTA CINTA BUAT HAWA


                                        NOTA CINTA BUAT HAWA…

Ya Allah..
Aku bersyukur kepadaMu..Sujud sembah padaMu Tuhanku yang satu,,Kau berikan aku hidayah dan petunjuk, Nikmat hidup yang tidak ada tanda harga dan nilainya..

Aku bersyukur padaMu ya Allah, Memberikan aku peluang dan kesempatan,Bertemu dan berkasih dengan seorang insan, Seorang gadis, serikandi yang imannya telah berjaya mencuit, membuka hati dan perasaanku,,walaupun ku tahu diri ini sangat hina disisiMu ya Allah,,
Dengan hadirnya amanahMu ini, Kau telah mencelikkan aku,menyedarkan aku dari lena dunia, dari cerucuk indah fatamorgana, memberikan aku merasa kemanisan iman, yang selama ini kabut kerana dosa di dalam hati..
Hawa.kau ibarat sinar yang dikurniakan untuk memimpinku kembali,membuka selorong jalan bagi menuju redha Illahi..

Ya Rahman Ya Rahim, di dalam doa ini, aku meminta kepadaMu, Kau satukanlah hati kami agar kami dapat merasai suka duka, redhailah kami, suburkanlah rasa kasih sayang rindu kami kepadaMu disaat kami bersama dan berjauhan..peliharalah hubungan kami dan jadikanlah ikatan ini bertukar menjadi cinta sejati sebagai suami isteri, sepertimana sucinya cinta adam dan hawa.

Ya Allah, jikalau aku bukanlah yang terbaik untuk hawa, berikanlah aku kesempatan untuk bertemu dengannya di taman syurga, ku pasrahkan segalanya kepadaMu..hanya dapat ku berdoa agar ikatan ini berkekalan..
Aku bertawakal kepadaMu ya Allah, kerana Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan kepada Engkaulah aku meminta pertolongan..

Amin ya Rabbal A’lamin…
(WIDA'ANDALUS)


SENYUMLAH....


HADAPILAH HIDUP DENGAN SENYUMAN
Jadikanlah pondok itu sebuah istana,
Hiasilah rumahmu yang diperbuat dari tanah liat,
Bukan istana yang dibuat dari gading.

        Kalau anda senyum walaupun ketika sedang sedih dan berduka, sebenarnya anda sedang berusaha meringankan beban dan mengetuk gerbang kebahagiaan yang anda cari. Sesekali jangan berfikir dua kali untulk tersenyum, kerana dengan tersenyum bermakna anda sedang menghidupkan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri anda. Jangan bermurung dan bermasam muka kerana ia akan menekan kekuatan itu, sedang menekannya beerti anda membuat dirimu menderita.

        Senyuman yang anda beri tidak akan membahayakan anda!sebaliknya ia akan menarik segala kebaikan. Bercakaplah dengan orang disekeliling anda dengan bahasa kalbu(senyuman). Bibir paling indah dan menarik ialah ketika ia melontarkan senyuman. Ada ungkapan yang menyebut bahawa “senyuman itu merupakan satu kemestian dalam pergaulan”. Bergaul bermakna komunikasi dengan baik dan hidup bermasyarakat memerlukan kemahiran tertentu yang mesti ada dalam diri anda.

        Apabila anda tersenyum kepada orang lain, bermakna anda sedang member kebahagiaan. Senyuman dapat menyuntik perasaan optimis dan damai di hati orang lain. Sebaliknya, jika anda tampil dengan wajah bengis dan murung bermakna anda telah menyeksa dan mengganggu hati mereka. Sudah pasti anda tidak suka menjadi punca kesedihan kepada sesiapapun…
        Senyumlah…

 (sumber:jadilah wanita paling bahagia)

JANJI ALLAH..


APAKAH JANJI ALLAH..

Diriwayatkan bahawa barangsiapa sentiasa melaksanakan solat berjamaah, maka Allah menjanjikan 5 perkara baginya .
       Pertama : dijauhi dari kesempitan hidup
       Kedua : dijauhi dari seksa kubur
       Ketiga : diberikan orang itu kitab amalannya dari tangan kanan.
       Keempat : orang itu akan melalui titian sirat laksana kilat yg menyambar.
       Kelima : dia akan masuk ke syurga tanpa hisab..

Sedangkan orang yg meremehkan solat berjamaah (apalagi meninggalkan solat) maka Allah akan menyeksanya dengan 12 perkara. 3 perkara di dunia, 3 perkara ketika mati, 3 perkara ketika di alam kubur, dan 3 lagi pada hari kiamat.:

3 perkara di dunia:
       Pertama : diangkat keberkatan dari usaha dan rezekinya.
       Kedua : semua amalnya tidak diterima
       Ketiga : ditarik cahaya orang salih dari mukanya,sehingga orang2 akan benci kepadanya.

3 perkara ketika akan mati :
       Pertama : nyawanya akan dicabut dlm keadaan dahaga
       Kedua : nyawanya akan dicabut dlm keadaan lapar
       Ketiga : nyawanya akan dicabut dengan kasar

3 perkara di dalam kuburnya;
       Pertama : munkar dan nakir yang dahsyat
       Kedua : kubur yang gelap gelita
       Ketiga : kuburnya disempitkan

3 perkara pada hari kiamat:
       Pertama : diperberatkan hisabnya
       Kedua : Allah murka kepadanya
       Ketiga : diseksa Allah dalam neraka.

masyaallah.... takutilah Allah.... :-(

PESONA DUNIA

 
PESONA DUNIA:IN-TEAM

INDAH DUNIA YANG MEMPESONA
BAGAI DIAN TERANG MENYALA
SEHINGGA TERLUPA PADA AKHIRNYA
DUNIA INI HANYALAH PINJAMAN
UNTUK MENGUJI KEIMANAN
AKHIRAT NANTI YANG MENENTUKAN
BALASAN SYURGA ATAU PUN NERAKA
 MENGAPAKAH DUNIA YANG DIKEJARI
SEDANGKAN IA KN DITINGGAL PERGI
APALAH GUNANYA HARTA DISISI
 JIKA JASAD TERKUBUR TERKAKU MATI
BAYANGKANLAH JIKA DI DUNIA
BEKALAN TERHENTI MUDAH DICARI
 BAGAIMANA PULA DI SANA NANTI
 TANPA BEKAL PAHALA KITA YANG RUGI
BERSYUKURLAH SENTIASA DENGAN APA YANG ADA
ADA KALA HARTA DUNIA
BELUM TENTU MEMBANTU KITA
JADI BEBANAN DAN MENYUSAHKAN
BERSYUKUR SENTIASA DENGAN APA YANG ADA
           
Tarbiyah hati,,insafi diri,,kejar ukhrawi,, pahala dicari,,dosa dijauhi,,syurga menanti…

APAKAH JALAN YANG TERBAIK..

TIADA JALAN YANG PALING BAIK SELAIN JALAN UNTUK MENDEKATI ALLAH

Tahukah anda apakah bahagia itu? Adakah ia terletak pada harta yang banyak atau jawatan yang tinggi? Untuk menjawab persoalan ini, eloklah kita cuba perhatikan keadaan wanita yang berikut ini:
Pasangan suami isteri sedang bertengkar amat sengit, si suami berkata “aku akan membuat engkau susah!” si isteri menjawab dengan tenang: “ anda tidak akan mampu” suaminya berkata: “ mengapa tidak?” si isteri menjawab : “ jika kebahagiaan itu terletak pada harta,maka anda boleh menahannya dariku, jika kebahagiaan itu terletak pada perhiasan,maka anda boleh menghalangnya supaya ia tidak sampai kepadaku. Kebahagiaan itu bukan pada apa yang anda miliki atau apa yang dimiliki oleh manusia lain, tetapi kebahagiaan itu aku temukan pada keimananku di dalam hati.dan hatiku tidak ada yang boleh menguasai kecuali Tuhanku.”
Benar! Itulah kebahagiaan yang sebenar,yakni kebahagiaan iman. Tidak ada yang merasakannya kecuali orang yang hatinya,jiwanya dan fikirannya mengalirkan cinta kepada Allah. Yang mempunyai kebahagiaan dari-Nya dengan ketaatan.
        Tidak ada cara untuk memperolehi kebahagiaan melainkan dengan mengikuti ajaran agama Allah yang benar, sesiapa yang mengetahui jalan ini, maka tidak akan menjadi masalah baginya samaada tidur di pondok, berbantalkan jerami atau hanya makan sepotong roti tetapi ia menikmati dan bahagia dunia akhirat.

MEMANG TIDAK DINAFIKAN HARTA PERLU UNTUK MENJALANI HIDUP, TETAPI KITA HIDUP DI DUNIA BUKANLAH SEMATA-MATA UNTUK MENCARI HARTA …
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...