Friday, March 30, 2012

kehidupan itu hidup ~

Hidup
adalah sebuah kehidupan,,
kehidupan
adalah sebuah perjalanan,,
perjalanan
adalah sesuatu yang ditakdirkan,,
takdir
adalah sebuah ketetapan,,

alhamdulillah...ku jua punya kehidupan seperti insan lain..
cuma perjalanan hidup setiap insan adalah berbeza...
ku dengan perjalananku,,
kamu dengan perjalananmu..
mereka dengan perjalanan mereka...
masing-masing punyai haluan..
namun..
ada jua yang menyangkal bahawa kehidupan kita adalah sama..
samaada lumrahnya.. perjalanannya..mahupun ujiannya..

tidak salah tanggapan tersebut..
kerana apa?
kerana tujuan kehidupan kita adalah satu...
kerana tujuan penciptaan kita adalah sama....
kerana datang & kembalinya kita nanti kepada Khaliq yang Satu..

"tidak diciptakan manusia & jin selain utk beribadah kepadaKu"
justeru ~ kehidupan adalah hidup..untuk..
mengabdikan diri kepada Allah..
menggapai redha Allah..
mendapat rahmat Allah...
tetapi..
tidak bermakna kehidupan mencari semua ini
langsung meninggalkan keperluan hidup didunia,,
bahkan carilah keduanya, dunia & akhirat...

menjadikan kehidupan didunia sebagai landasan
membina kehidupan di akhirat kelak ~..
insyaAllah...
kehidupan itu hidup..
walaubagaimana susah senang hidup itu..
ia tetap sebuah kehidupan..

wallaha'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...