Monday, April 30, 2012


langit itu tinggi...
kebiruan dihiasi awan putih..
berkepulan di udara...

laut itu luas...
biru hijau kejernihan...
sungguh terserlah kecantikan dasarnya...

himpunan hutan nan hijau...
tinggi rendah bilangan pohonnya...
tebal rapat berbilang jenis...
daratan kehijaun dengan rimbunannya..

bukit yang tinggi...
gunung nan menerjah langit..
ufuk timur matahari menjengah..
ufuk barat ia menghilang...

sesekali mendongak ke langit...
monologku
alangkah luas gagah ia menongkat bumi...
kulihat pula lautan terbentang...
monologku
alangkah dalam lautan biru hijau ini...
jauh ketepian yang tidak berpenghujung..
kualih pandangan ke rimbunan pohon...
monologku
alangkah cantik sulaman kedudukannya
di atas tanah bumi...
berdiri kukuh pertahanan pasak...
kukerling pada bukit dan gunung-ganang...
monologku
subhanallah indah sungguh penciptaanMU...
pelbagai jenis bentuk jua rupa..
masing-masing punyai tugas dan tanggunjawab..
bukan sekadar menongkat..
bukan sekadar menadah jua berdiri..
malah masing-masing mengalunkan munajat padaMU...
subhanallah walhamdulillah wala ila haillah Allah Akbar...



Tuesday, April 3, 2012

"terima kasih" "assalamualaikum"

"terima kasih"

satu ungkapan yang "simple"..
tetapi sangat bermakna...
ungkapkanlah "terima kasih" kepada sesiapa sahaja
yang membuatkan anda ceria, ketawa, mahupun kepada mereka yang membuatkan anda sedih, kecewa..

ungkapan "terima kasih"
adalah penghargaan dan sesiapa yang mendengar
dan menerimanya akan rasa dihargai..
bukan itu sahaja.. si pengucap juga akan
merasakan rasa yang sama..merasakan kepuasan
kerana dapat mengucapkan 'terima kasih"
jika
 ucapan itu ikhlas dari hati...

begitu juga ucapan salam dengan lafaz
"assalamualaikum"
baik kepada yang muda mahupun yang tua..
bukan sahaja memberi keceriaan kepada pendengar
malah mendapat ganjaran pahala juga..

namun begitu..
 biarpun ia adalah perkataan yang cukup "simple"
untuk diungkapkan..
 ramai antara kita yang berat mulut
untuk mengungkapnya.. 
seolah-olah terlalu mahal harganya untuk dilontarkan..
yang peliknya.. ramai juga antara kita yang lebih suka
untuk melontarkan kata-kata yang kasar, yang tidak sedap didengar dek telinga.. mengapa ya?
(tanya diri sendiri, jika tidak begitu alhamdulillah) 

>_<
sekadar perkongsian untuk semua dan diri saya..

ayuh ungkapkan ungkapan emas kepada semua yang ada disekeliling kita.. 
" terima kasih" & "assalamualaikum" 

>_< 

Sunday, April 1, 2012

memahami & difahami ...

ia kelihatan mudah... tetapi rupanya ia tidak mudah yang disangka...
sungguh untuk mendapatkan sesuatu memerlukan kesabaran dan kekuatan,,,
jangan cepat berputus asa jika antara kita tidak mendapat sesuatu yang dimahukan... 
sebaliknya terus berusaha untuk lebih maju kehadapan.. ~

begitu jua konsep memahami & difahami...
bukan mudah utk memahami seseorang...
& bukan mudah jua untuk menjadikan diri kita difahami..
kerana..
setiap dari kita punyai perangai, "attitude" masing-masing..
kelakuan berubah mengikut pengaruh semasa & emosi..
kadang kala perubahan demi perubahan ini menganggu utk kita memahami & difahami

beri ruang & waktu.. =) 
kerna konsep memahami & difahami ini tidak akan putus
akan senantiasa berterusan dalam kehidupan seharian kita.. 


berusaha untuk memahami & beri ruang utk difahami.. ~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...