Friday, August 26, 2011

wanita solehah


Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh…
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yg solehah…
Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditingglakan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah itulah anjuran Islam yang kiya cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
“dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya,kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu”..
Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya  menjadi penawar dirinya, tidak gentar diacah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati.telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri.tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali duni baligh ini..
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini, melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh abi dan ummi. Tiada harta untukku persembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata..
“ dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang” (arrum:21)
Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia. Ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as sama sepertimu….
Wallhua’lam..
( siswi - )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...