Friday, October 28, 2011

motivasikan diri.. ~

CINTA ITU TAK TERLIHAT

zulhijjah kembali

                                   بسم الله الرحمن الرحيم

In the name of Allah, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, maha mendengar lagi maha mengasihani, maha pengampun lagi maha agung, maha mengetahui setiao sesuatu, maha bijaksana lagi maha perkasa.
أشهد ان لا اله الا الله، وأشهد أن محمد رسول الله

Setelah syaaban ramdhan hadir,ramadhan pergi syawal penyeri, syawal kembali zulkaedah mengganti, hadir pula zulhijjah yang diberkati.
Alhamdulillah di usia ini, masih diberi kesempatan utk melalui kehidupan di bulan2 mulia ini, hari ini jumaat, 28 aktober 2011 bersamaan 1 zulhijjah 1432hijrah, Alhamdulillah Allah masih member keizinan untuk bersama bulan ini…Ayuh tingkatkan iman dan amal, bersama mengejar redha Illahi, rahmat syurgawi.. inshaAllah.

Banyak sunnah yang dapat kita amalkan di bulan ini juga seterusnya, menerusi perkongsian di web di bawah, moga ia memberi manfaat kepada diri ini juga kalian.


wallahua’lam…

Tuesday, October 25, 2011

bahtera pelayaran

pada suatu petang yang hening, bersama riuhan langit dengan kilatnya, rintikan hujan yang bakal membasahi bumi dengan ghus.. aku mendiamkan diri melihat ciptaan Allah dari jendela.
Kufikirkan asal kejadianku, kufikirkan dimana aku dahulu, kufikirkan sampai ke tahap ini aku melangkah, aku berada ditempat yang ku kagumi suatu ketika dahulu, terlalu banyak ujian juga rahmat Allah kepadaku, dan rahmatNya itu tidak dapat ku ceritakan betapa nikmatnya betapa banyaknya….alhamdulillah ya Rabb…
Terasa mata berat melawan rasa ngantuk, tidak tertahan rasanya, akhirnya aku merebahkan diri di atas kamar yang tersedia rapi, melelapkan mata mengharapkan tidur yang lena dan tenang, moga aku dibangunkan semula jam 3 nanti.
Berlayar samudera alam… ku tidak tahu dimana aku, Cuma yang kupasti, aku sedang membawa sebuah bas, besar dan panjang. aku melalui jalan yang mendaki, seolah-olah bukit yang tinggi, kiri dan kanannya tersedia gaung menadah. Ya Allah betapa gayatnya aku saat itu, ku gagahkan jua membawa bas tersebut, tidak kuberhenti tidak pula ku berehat, akhirnya di hujung jalan ku terpaksa memusing stereng kerana disitu ada selekoh yang tajam.. rasa dihati benar-benar takuut, gaayat, seramm untuk melaluinya,,namun ….akhirnya… ku Berjaya melepasi semua itu.. jalan kembali mendatar,, kuternampak ada sebuah rumah yang besar di sana.. elok sampai dihadapan ku berhentikan bas dengan hati yang lega dan syukur.
Elok ku letakkan kaki di atas tanah,,,, ku tersedar dari khayalan mimpi,,,rupanya bahtera yang berlayar telah sampai ke destinasi, jam 3 berdering, =) oh..ku protes diriku “knp bangunnnnn…. X habis mimpi lagii.. rumah siapa lah tadi.. apa la yang ada di dalamnya,,, “ .hajat di hati ingin meneruskan mimpi yang masih tidak sempurna.. ku lelap kan mata.. tapi sayang peluang hanya sekali,, mimpiku tidak boleh disambung lagi dengan meninggalkan tnada persoalan – milik siapakah rumah tersebut? Apakah yang ada didalamnya? Adakah milikku? …
Wallahua’lam…
Kisah pelayaran mimpi ingin kukongsi bersama,, kerna sudah kian lama ku tidak bermimpi.. =) kisah pengalaman mimpi pertama aku membawa bas.. huhuhuhu… advanture skill.. itulah kehidupanku yang sentiasa ada ranjaunya.. moga aku sampai ke destinasi walaupun payah dengan ujian melanda.. 

Friday, October 21, 2011

kata

tidak akan rebah pokok
jika akarnya berpaut pada tanah yang kuat
tanah & pokok elemen yang berbeza
yang perlu difahami
tidak tentu pokok yang baik itu
boleh berkembang baik jika tiada sokongan
tanah yang subur
dan tidak mustahil pokok yang tidak baik itu
akan berkembang jika tiap kalinya dibaja &dijaga rapi
disamping ianya ditanam di tanah yg subur ~

Tuesday, October 18, 2011

duhai wanita ~~


Hal terindah dari wanita adalah bukan pada saat dia TERSENYUM bahagia,tetapi saat AIRMATANYA jatuh dalam DOA...bukan kerana KATANYA yang INDAH tetapi saat BIBIRNYA basah dengan ZIKRULLAH...bukan kerana KECANTIKAN yang mempesona,tetapi kerana SUJUDNYA pada Allah...bukan kerana KEELOKAN TUBUHNYA tetapi kerana KETEGUHANNYA dalam menjaga AURAT...

Saidatina Aisyah RA pernah BERPESAN : 
"Sebaik-baik WANITA adalah yang tidak memandang dan dipandang"
>>> Jangan merasa BANGGA dengan kecantikanmu sehingga kau dikejar jutaan lelaki..itu BUKAN KEMULIAAN..jika kau berasa bangga, menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh DIPIJAK dan DIMILKI siapa saja..muliakanlah dirimu dengan TAQWA setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
"

Wanita Solehah "
Dalam erat ketaatanmu kepada ILAAHI ...
Dalam rapat ikutanmu kepada NABI ...
kau sentiasa memakai JILBAB menutupi diri ...
Supaya menjadi muslimah yang sejati ...
Dirimu bak kasturi yang Mewangi ...
Harumannya bergentayangan di persada bakti ...
Dunia ini umpama lautan perhiasan yang Indah ...
Sepesona perhiasan adalah permata WANITA SOLEHAH ...
yang telah terpateri jiwa ILMU dan MAHABBAH ...
Sesungguhnya kaulah insan yang bernama WANITA SHOLEHAH ...

" mana mak ?"

Mana Mak?' 

Jam 6.30 petang. 

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama. 

Ayah baru balik dari sawah. 

Ayah tanya Mak, “Along mana?’ 

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.” 

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?” 

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.” 

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?” 

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?” 

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?” 

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.” 

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. 

Dua puluh tahun kemudian 

Jam 6.30 petang 

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. 

Ayah tanya Along, “Mana Mak?” 

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.” 

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?” 

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.” 

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?” 

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. 

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.” 

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. 

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?” 

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. 

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. 

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. 

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" 

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!” 

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. 

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . 

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. 

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. 

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. 

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." 

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” 

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. 

Beberapa tahun kemudian 

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. 

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. 

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. 

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, 

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. 

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" 

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

sangat pilu hati tatkala membaca cerita ini dr seorang sahabat...syahdu jiwa.. nauzubillah semoga dijauhkan utk menjadi sedemikian.. "saya sayang mak ayah saya "..=(

Friday, October 14, 2011

tersenyum kusendiri

tersenyum kusendiri,
mengenang siang dan malam hari,
menung dengan mihnah-mihnah duniawi,
demi ukhrawi menanti,

lakarannya luas , kadang sempit,
menjadi pelengkap kekurangan,
menjadi teman sehari-hari,
riuh nada berdering asyik,
menghiasi jiwa dan naluri kian berlabuh,
kadang kedengaran,
kadang kembali sepi,
lantas lakaran senyuman sekali lagi,
mengenangkan keriuhan & kesepian itu,

namun,
tiada lagi yang diharapkan,
selain senyuman ini terus disini,
bersemadi tidak rapuh ditelan mihnah,
tidak hilang dibawa arus,
tidak pahit ditelan zaman..

berterusanlah wahai senyuman ~ ~

Thursday, October 13, 2011

hope ~ emily dickinson~

Hope is the thing with feathers ~ Emily Dickinson
Hope is the thing with feathers.
That perches in the soul.
And sings the tune without the words
And never stop at all.
And sweetest in the gate is heard
And sore must be the storm
That could abash the little bird
That keeps so many warm
I’ve heard it in the chillest land
And on the strangers sea
Yet never, in extremity
It asked a crumb of me.

Tuesday, October 4, 2011

usah resah, usah rebah,

usah resah, usah rebah, usah jua merasakan dirimu kalah di medan ini. ini adalah permulaan hidupmu,,, permulaan utk kau meneruskan kehidupan yang lebih mencabar, menempuhi dunia luar yang kau sendiri tidak tahu bagaimana....

usah rasa derita, usah rasa sengsara, malah kau jadikan itu tiang untuk terus bangkit, batu lonjatan untuk mengumpulkan kekuatan dan pengalaman, jangan sekali kau merasakan dirimu lemah kerna sebenarnya kau insan yang qawie.. jangan sekali kau rasakan langit itu tinggi kerna kau akan mencapainya dengan usahamu sendiri, namun jangan sesekali kau meninggikan diri kerna itu bukan lah sifat yang terpuji,,,

usah gentar, usah kecewa, majulah terus melangkah kehadapan, menongkah arus kecemerlanganmu disini, jadilah actor yang terbaik di mata Allah bukan di mata manusia itu sendiri.. jangan kau lalai dikala pencarian dan penantian ini.. kerana sekali kau terlalai kau tidak akan bisa mengembalikan ia kembali.. senyumlah pada dirimu sendiri,,kerna ia akan mengembalikan keyakinanmu untuk melangkah lagi...

hawa...jangan siakan peluang ini untuk mencipta citamu yang menggunung tinggi, menabur jasa dan bakti kedua orang tuamu, =) kuatkan semangat, kuatkan semangatmu... kerna kuyakin engkau bisa lalui semua ini.. kerna aku kenal siapa kamu..

keep shine n smile =)

                                                                                                                                        by : my self

من سلك على الدرب وصل ..

الجدوال الفصول في فصل الأول الدراسي
           الساعة        اليوم
۳۰.۸-۵۰.۹
۰۰.١۰-۵۰.١۰
۳۰.۱۱-۵۰.١٢
۰۰.١ -۰۰.۳
۳.۳۰-۵۰.٤
الإثنين
المدخل إلى التاريخ والتمدن
اللغة الملايوية
اللغة العربية المتقدمة

تطبيقات حاسوبية في اللغة والأدب
الثلاثاء
نصوص قرآنية والحديثية
المدخل إلى دراسة الفقة الأسلامي



الإستراحة


الأربعاء
المدخل إلى التاريخ والتمدن
اللغة الملايوية
اللغة العربية المتقدمة

تطبيقات حاسوبية في اللغة والأدب
الخميس
نصوص قرآنية والحديثية
المدخل إلى دراسة الفقة الأسلامي





كيف توسّع مفردات من الخلال الحاسوب


ماذا تقترح للطالب الأجني الذي يريد أن يوسّع مفرداته العربية باستخدام الحاسوب؟ قدم إقترحاتك في "ضوء 
منهج" تعلم اللغة بمساعدة الحاسوب.
توجد طرق كثيرة لتوسيع وإضافة مفردات العربية من خلال استخدام أجهزة الحاسوب.في رأيي أولا الطالب يحتاج لمعرفة كيفية لاستعمال الحاسوب واختيار الموقع المناسب لاحتياجه.حقيقا, تعلّم لغة بمناسبة الحاسوب سهل وممتعة لأنه فيه توجد كثير من الموقع مستفيد لدى الطلاب والطلبة.
بجانب ذلك, حث على الطالب الذي يرغب لتوسيع مفرداتهم لقراءة المقالات العربية في موقع المتخصصة ومتنوعة مثلا في موقع المقالات في طريق الإسلام http://ar.islamway.com/ ثم, حث عليه لمشاهدة القصص, والفيديو, وفيلم عربي الذي سهل للفهم.على سبيل المثال في موقع منتديات جي سوفت.http://forum.jsoftj.com/f2/ كثيرة من القصص توجد فيه. من ناحية أخرى, فضل عليهم لاستماع أغاني عربية في يوتيوب مثلا http://www.y4yy.com/ ومحاولة للنطق الكلماته وفهمه.
فضلا عن ذلك شجع الطالب لاستخدام الرابط أخرى لتطوير مفرداتهم من خلال التعلم الإلكتروني,http://elearn.iium.edu.my/هذا برنامج يساعد الطالب خصوصا لتعليم وتطوير العلم والمعرفة, أو بحسب ترجمة جوجلhttp://translate.google.com/ وأي بلوق المفيد عنه.
إذن ليست عنده مشكلة ليوسّع مفرداته باستخدام الحاسوب الآن. الطالب سيحصل مهارات لاستعمل الحاسوب ويوسّع مفردات في نفس الوقت. والله أعلم.

Saturday, October 1, 2011

monolog-ku

benar kata orang hidup ini tidak selalu indah, kadang berada di atas kadang berada di bawah, tidak ubah seperti roda yang berputar(monolog hati). bibir mula menyunting senyuman..senyuman kepuasan yang tidak pernah dilakarkan sebelum ini.. lidah mula menyusun kata, namun hanya bermonolog di hati..
alangkah indah sebenarnya hidup ini cuma kadang diriku yang tidak sedari.,,dek lemas dengan gelora dunia, alangkah bahagia hidup ini cuma kadang diriku yang tidak pernah belajar untuk menghargainya.. namun dr saat ini.. akan ku belajar menghargai apa yg ada pd diriku, agamaku, kehidupanku, keluargaku, akan ku menghargai apa yg hadir dalam hidupku meski ia bukan kemahuanku , jika yang hadir dalam hidupku sesuatu yg ku mahukan, sudah pasti ia menjadi kegembiraan bagiku...(kembali sepi) ... menung mnyendiri... terukir lagi seraut senyuman mengumpan keyakinan supaya bertapak kukuh disini(hati)..
 senyumlah jiwa, gembiralah hati, bahagialah naluri,, kau pasti temui destinasi yang dicari ~~~

                                                                                                                                          ( Q-A)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...