Monday, May 30, 2011

ibu bapa sibuk anak terabai.


Menurut Abdullah Nasih, antara faktor terbesar yang menyebabkan anak-anak terpesong haluannya ialah kerana ibu bapa tidak melakukan kerja pendidikan. Mereka fikir bahawa tugas mereka selesai dengan memberikan makanan dan pakaian yang cukup. Selebihnya mereka serahkan kepada sekolah, atau Pasti.
Malang sungguh tanggapan begini. Binatang seperti harimau pun tahu tanggungjawabnya mendidik. Harimau tidak membiarkan anak-anaknya membesar tanpa dia mendidik dan melatih mereka terlebih dahulu. Harimau mendidik anak tentang bagaimana memburu binatang. Apabila si ibu memburu, dia sengaja tidak terus membunuh buruannya untuk dijadikan santapan. Sebaliknya, dia hanya mencederakan buruan itu.
Maka binatang buruan itu terus cuba melepaskan diri sambil lari terhencot-hencot kerana kakinya sudah cedera. Pada waktu inilah, si anak-anak harimau tadi berlatih mengejar dan menangkap buruan. Binatang buruan yang cedera itu menjadi alat pendidikan secara praktikal. Si ibu pula hanya memerhatikan bagaimana anak-anaknya berlatih. Selepas beberapa siri latihan, dan anak-anak harimau tadi sudah cekap, barulah mereka dibiarkan berdikari mencari rezekinya sendiri.
Jika harimau pun tahu tanggungjawab mereka, bagaimana pula ada ibu bapa sanggup mengabaikan pendidikan anak-anak. Harimau mahu anaknya mampu menangkap buruan, maka dia rela menghabiskan masanya melatih anak itu. Yang peliknya, manusia pula mahu anaknya cemerlang, berjaya dan soleh, namun tidak berusaha ke arah itu. Mereka langsung tidak perasan bahawa diri mereka adalah sebenarnya seorang 'pendidik'.
Mendidik bukan menternak!
Ibu bapa perlu ingat bahawa mereka berperanan untuk mendidik anak, bukan sekadar'menternak' anak-anak. Allah menjadikan anak-anak itu sebagai amanah yang amat berharga. Jangan sia-siakan mereka. Mereka bukannya makhluk yang boleh membesar hanya dengan makan dan pakai yang cukup. Mereka punya jiwa dan hati, juga punya nafsu dan perasaan. Kantung kalbu mereka tidak boleh dibiarkan kosong.
Jika ibu dan bapa tidak berusaha untuk mengisi kantung kalbu itu dengan iman dan ihsan, nescaya virus-virus perosak akan menyelinap masuk dan merosakkan pekerti anak-anak. Jiwa mereka punya potensi untuk menjadi manusia sebaik malaikat. Namun, nafsu mereka juga ada potensi menjadikan mereka sejahat syaitan.
Maka 'sibuk' itu bukan alasannya. Kita memang dilahirkan di dunia ini untuk menjadi orang sibuk. Orang yang tidak sibuk ialah orang yang cuai, lalai dan mundur. Maka semua kita perlulah sibuk. Maknanya, orang-orang yang pernah berjaya melahirkan anak-anak yang hebat juga dulunya sibuk, seperti kita. Soalnya kita sibuk dengan apa? Bukankah 'mendidik anak' itu salah satu tugas kita dalam senarai fungsi-fungsi kita sebagai seorang 'bapa' dan 'ibu'?
Orang sibuk dan bijak akan menyenaraikan fungsinya. Fungsi kita bukan sekadar 'pengarah syarikat', 'pegawai kewangan', 'jurutera kanan', 'pakar perbidanan', 'setiausaha persatuan' atau seumpamanya. Fungsi kita juga perlu senaraikan fungsi-fungsi kita sebagai 'anak kepada ibu bapa', 'suami', 'isteri', 'bapa', dan 'ibu'. Selepas fungsi disenaraikan, kita perlu pula mencatatkan tugas-tugas kita bagi setiap fungsi itu. Maka tugas 'mendidik anak' itu satu tugas besar, dan sangat penting , walau pun biasanya tidak 'urgent' ,  yang perlukan ruangan masa yang panjang.
- us.fathi yusuf.

antara perjalanan dan penantian

ku tahu perjalananku masih jauh... namun ku tidak tahu selama mana penantian itu...
perjalananku berliku... namun ku tidak tahu adakah aku bisa melewati liku-liku itu... 
perjalananku amat panjang.. batasan waktu yang tidak ku ketahui melainkan Dia penciptaku Mengetahuinya..
namun.. penantianku masih disini.. tidak berganjak.
kadang aku kalah..kadang aku tewas dengan lamunan duniawi.. kadang aku gugup.. aku khuatir dengan onak-onak ini..adakah aku masih bisa teguh berdiri di atas landasan ini...
bila ia akan berakhir?? satu penantianku...


perjalananku penantianku...
apakah yang dinanti.... ku jua tidak mengetahui.. kadang hati ini berkehendak...kadang terbit rasa takut.. terlalu banyak yang dinantikan..namun hanya satu yang pasti..iaitu "syurga Allah".. "akhirat kekal abadi".. hati kecil berkata : apakah aku layak untuk menanti syurga Allah..? sedang dalam perjalanan ini..ku rasakan masih tidak mencukupi tugasku sebagai khalifah..masih tidak cukup menunaikan perintah-perintah Tuhanku.. masih tidak ada dalam perjalanan ini amal yang bisa melayakkan aku menanti syurga Allah...masih tidak ada pengorbananku kepada ayah ibuku..masih tiada belas kasihku pertolonganku kepada saudara-saudaraku yang memerlukan... ihsanku..keimananku...akidahku... Allahuakbar!lailahaillallah! 


Allah... tiada apa yang ku mahukan dalam perjalananku ini melainkan rahmat dan redhaMu.. tiada apa yang lebih besar dalam perjalananku ini melainkan nikmat-nikmatMu.. tiada apa yang lebih berharga dalam perjalananku ini melainkan Islam dan Iman...tiada yang bernilai melainkan rahmat pertolonganMu... "ya muqolliballibalqulub..thabbit qulubi a'la toa'tik,,tahbbit qulubana a'la dinik.." wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,,tetapkan hatiku dalam mentaatiMu..kekalkan hatiku di atas jalanMu..ya Rabbi..pimpinlah diriku..tunjukkanlah diriku hidayahMu kearah kebenaran...jauhilah daku, ibu ayahku, saudaraku, dari kalangan orang-orang yang rugi lagi sesat.... 
ameen ya rabbal a'lamin... 

Wednesday, May 25, 2011

rejab oh rejab

bismillahirrahmanirrahim...... " fadhilat bulan rejab" 

1. Sabda Nabi S.A.W : Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab niscaya Allah memuliakan dengan 1000 kemuliaan di hari Qiamat.

2. Sabda Nabi S.A.W. : Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan Ramadhan bulan ummatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, Syaaban dengan malam Nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul Qodarnya.

4. Malam awal Rejab mustajab doanya (kitab Raudhoh Imam Nawawi).

5. Puasa sehari pada bulan Rejab dijadikan Allah baginya dua sayap, Akan membawanya terbang di atas Sirotmustaqim di hari Qiamat. (Al-Hadis).

6. Puasa sehari dalam bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga. (Al-Hadis).

7. Puasa Sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya. (Al-Hadis).

8. Puasa tiga hari pada Bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke neraka yang panjangnya setahun perjalanan. (Al-Hadis).

9. Puasa empat hari pada Bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajjal di hari Qiamat. (Al-Hadis).

10. Puasa lima hari pada bulan Rejab, Allah SWT akan amankannya daripada azab kubur. (Al-Hadis)

11. Puasa enam hari pada bulan Rejab, ia keluar daripada kubur dengan bercahaya mukanya. (Al-Hadis)

12. Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka. (Al-Hadis)

13. Puasa lapan hari pada Bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu Syurga. (Al-Hadis)

14. Puasa sembilan hari pada Bulan Rejab, keluar daripada kuburnya lalu menyeru lailahaillallah dan tidak ditolak dia masuk ke dalam syurga. (Al-Hadis)

15. Puasa sepuluh hari pada Bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu. (Al-Hadis)

16. Puasa 16 hari pada Bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah didalam syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam Syurga. (Al-Hadis)

17. Puasa 19 hari pada Bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai dihadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim A.S. dan Nabi Allah Adam A.S. (Al-Hadis)

18. Puasa 20 hari pada Bulan Rejab, diampunkan Allah segala dosanya yang telah lalu, Maka mulailah beramal apa-apa yang tinggal daripada umurnya. (Pembaharuan umur bermaksud terhapus dosa-dosanya). (Al-Hadis)

19. Berkata Saidina Ali R.U. :
- Puasa Rejab 13 hari seperti puasa 3000 tahun.
- Puasa Rejab 14 hari seperti puasa 10,000 tahun.
- Puasa Rejab 15 hari seperti puasa 100,000 tahun.

20. Kelebihan Bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Al-Quran atas segala Qalam. (Al-Hadis)

21. Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. (Al-Hadis).


22. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan Ibadah seumur hidupnya.
Maka akan berseru dari langit :
Gembiralah kamu dengan kemuliaan yang besar dan diminumkan dia ketika hendak mati. Mati ia dengan puasa, masuk kubur ia dengan puasa, keluar kubur dengan puasa, dan masuk syurga dengan puasa dan masuklah syurga dengan sepuas-puasnya. ia terlepas dari azab kubur yakni yang berpuasa disiang hari dan beribadah pada malamnya. (Al-Hadis)

23. Bulan Rejab (Bulan Allah) diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah S.W.T.
Puasa bulan Rejab wajib baginya :
- Diampunkan dosanya yang lalu
- Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
- Terlepas dari dahaga di hari Qiamat.

24. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah sedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. (Al-Hadis).

25. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma pada jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dan dihapuskan seribu kejahatan.
(Al-Hadis)

26. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadah seribu Haji dan Umrah. Dibina seribu mahligai, seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali ganda, kerana keistimewaan bulan Rejab yakni bulan Allah. (Al-Hadis)

27. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka, kerana kemuliaan bulan Rejab, bulan Allah. (Al-Hadis).

28. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pada pagi dan petang hari 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab diharamkan tubuh atau jasadnya daripada api neraka. (Al-Hadis).

29. Puasa pada hari 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa selama 1000 tahun, kerana kebesaran hari Israk mikraj. (Al-Hadis).

30. Sesiapa yang melapangkan kekeruhan, kesusahan dan masaalah orang mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga firdaus. (Al-Hadis).

31. Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadah pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun lamanya – diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kubur, 70 hajat ketika terangkatnya suhuf (ketika Quran dinaikkan kelangit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan (timbangan amal), 70 hajat ketika berlalu di titi Sirotol Mustaqim. (Al-Hadis).

32. Sabda Nabi S.A.W.: Ketika malam aku dimikrajkan aku melihat sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih dingin daripada salji , lebih wangi daripada kasturi. Maka aku bertanya : “ Wahai Jibrail, untuk siapa ini semua ?” Jibrail menjawab : “Untuk mereka yang membaca selawat untukmu pada bulan Rejab,” Nabi bersabda : “ Taubatlah kamu sekelian kepada Allah dan mohonlah keampunan dari dosa-dosamu dan jauhilah daripada perbuatan maksiat pada bulan haram yaitu Rejab,”
33. Beramal pada bulan Rejab digandakan 70 pahala, Syaaban diganda 700 pahala dan Romadhon diganda 1000 pahala. (Al-Hadis).

34. Di dalam syurga terdapat suatu sungai yang bernama ‘Rajab’ ia lebih putih daripada susu, dan rasanya lebih manis daripada madu. Maka barang siapa yang berpuasa (sebahagian )* daripada Bulan Rejab, Allah akan memberi minum dengan air sungai tersebut. (Al-Hadis).

35. Setiap orang akan berasa lapar pada hari Qiamat, kecuali para-para Nabi dan keluarganya dan pada mereka-mereka yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, Maka sesungguhnya mereka selalu merasa kenyang, tidak lapar dan tidak pula haus.

36. Apabila engkau mengkehendaki suatu ketenangan waktu mati, dan meninggalkan dunia ini beserta Iman dan selamat dari godaan syaitan, maka hormatilah bulan –bulan ini semua (Rejab,Syakban dan Ramadhan) dengan memperbanyakkan puasa dan menyesali terhadap dosa-dosa lalu, ingatlah kepada pencipta alam ini, maka kamu akan masuk syurga dengan selamat. (Hadis)

37. Dari Anas bin Malik r.u. berkata: " Aku bertemu dengan Muadz bin Jabbar r.a. Maka aku bertanya kepadanya : Dari mana engkau datang wahai Muadz? Ia menjawab "Aku dari tempat Rasulullah s.a.w. "Apa yang engkau dapat daripadanya?" Tanya Anas. "Aku mendengar bahawa barangsiapa yang mengucapkan LAILAHAILLALLAH, Maka ia akan meninggalkan dunia ini dengan Ikhlas masuklah ia kedalam syurga, Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Rejab, kerana mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. maka masuk ia akan syurga". Maka aku terus ke rumah Rasulullah s.a.w. dan bertanya: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Muadz bercerita begini-begini kepadaku". Maka Rasulullah s.a.w. menjawab benar apa yang dikatakan oleh Muadz.
(Zuhratur Riyad)


* Adapun puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah tidak sah, makruh kerana tidak ada ketentuan dari Nabi S.A.W. dan tidak pula dari para Sahabat R.hum. Imam Ahmad, Umar bin Abbas dan Mawardi pada kitab Iqna' bahawa puasa satu bulan penuh pada bulan Rejab adalah Makruh kecuali berselang satu atau dua hari maka hukumnya menjadi sunnah. (Durratun Nasihin)



Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab:
- Banyakkan puasa sunat.jika mampu,
- Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib).
- Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu
- Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran.
- Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa.
- Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya
- Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya)
- Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta.



Rasulullah saw. Bersabda , “ Barangsiapa berpuasa pada hari khamis , jumaat dan sabtu pada bulan haram (Rejab) maka Allah mencatat baginya ibadah dua tahun.

Rasulullah saw bersabda ,”Barangsiapa berpuasa satu hari berpuasa pada bulan rejab, maka ia seperti berpuasa (selama) satu tahun.

Abu Qilabah r.u berkata , ‘Di dalam syurga terdapat sebuah istana yang disediakan khusus bagi orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab.”

Rasulullah saw. Bersabda “ Di dalam bulan Rejab ada satu hari dan satu malam yang mana barangsiapa berpuasa pada hari itu dan sholat malam pada malam itu, maka ia bagaikan berpuasa seratus tahun dan sholat malam seratus tahun lamanya. Hari itu ialah 3 hari terakhir.

Wednesday, May 18, 2011

Nasyid

Rayuan Nurani- Saff One

Mentari Hidup-HaikaL

penghambaanku - starfive

Dibanyak malam aku berdo'a 
Karna diri ini trus merasa
Bagai tanah lumpur yang bernoda
Tiada bersih hanya penuh cela

Dibanyak waktu aku tersadar
Hanya dosa dan dosa terhampar
Meski tetes air mataku mengurai
Tak akan mampu dosa terlerai

Ya Allah hanya Engkau yang bisa
Ampuni hamba tunjukan cahaya
Ya Allah Engkau satu yang mampu
PertolonganMu selamatkan aku

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku memohon
Selain kepadaMu

Dibanyak hari aku mencuba 
Sebut nama untuk mengingatkan
Agar tak mengulang salah-salah yang sama
Salah yang slalu berakhir penyesalan

Memang Penghambaanku belumlah sempurna
Sgala nilai ibadah masih terpatri duniawi
Segala nilai amalan masih terbetik pujian
Ya Allah tetapkan imanku untuk terus dijalanMu

Tiada daya aku tuk melangkah
Bertemu denganMu pun aku tak kuasa
Tapi kepada siapa lagi ku memohon
Selain kepadaMu, kembali aku

istikharah cinta - sigma

Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa
Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata
Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Di istikharah cinta

hanya padaMu

hanya padaMu ke berserah segalanya..
hanya padaMu ku memohon...
hanya padaMu ku meminta sesuatu..
hanya padaMu segalanya..

padaMu ku bersyukur...
padaMu ku merintih..
padaMu ku memberi pengharapan..
padaMu jua ku mengadu...
kerana hanya Mu yang layak akannya....

padaMu ku memohon...
keredhaan dan kerahmatan,,,
padaMu ku memohon..
kebahagiaan juga kesenangan..
padaMu ku memohon...
berikan ku petunjuk dan hidayahMu..
agarku tidak lari dari landasan kebenaran..
agarku bisa teguh berdiri disini..
melaksanakan perintahMu...
padaMu ku memohon..
kekuatan jua kesabaran..
kerna..ku tahu..
hanya Engkaulah segalanya....

ya Rabb..

Monday, May 16, 2011

satu cinta >> starfive


Ku memohon dalam sujud ku pada MU
Ampunkan lah segala dosa dalam diri
Ku percaya engkau bisa meneguhkan
Pendirian ku keimanan ku

Engkau satu cinta yang slamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
 demi cinta ku kepada mu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini hanya pada Mu
Ku pasrahkan

Oh tuhan slamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh tuhan jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Engkau satu cinta yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan demi cinta ku kepada mu
Walau seribu rintangan kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini hanya pada Mu
Ku pasrahkan

selamat hari guru ..cikgu,,!

jika dahulu aku seorang pelajar..
kini aku bergelar seorang guru..
.
jika dahulu aku sibuk menyediakan sesuatu untuk guruku..
kini aku melihat anak-anak didikku sibuk membawakan sesuatu..

jika dahulu lisan ini yang mengatakan " selamat hari guru, cikgu..saya sayang cikgu" 
kini lisan ini hanya membalas terima kasih sayang...

jika dahulu guru-guru letih melayan kerenah ku, gelagatku, kepetahanku..
kini aku merasai suasana yang sedemikian rupa..

jika dahulu aku ada mendengar keluhan guru...
kini aku sendiri melakukan perkara yang sama...

jika dahulu aku memikirkan tugas mendidik itu mudah..
kini aku merasakan tugas mendidik inilah yang mencabar..

mendidik anak-anak bangsa..kearah melahirkan pewaris agama Allah..
kearah melahirkan rijal yang membangunkan syiar islam.. 
semuanya bermula dengan bertatih mengenal abjad dan nombor..
bersama keazaman dan kesabaran,,, maka akan lahirlah mereka ini.. 
biiznillah ..inshaAllah..

sesuai dan bertepatan dengan tema hari guru 16 mei 2011 
" GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

terima kasih cikgu kerana mengajarkan kami.....
wallahua'lam..
  

hubungan dan persahabatan

Titik perhubungan bermula dengan persahabatan...

persahabatan..
     menjadi indah dengan keikhlasan..
     akan kekal dengan ketulusan..
     akrab dengan adanya persefahaman..
     bermakna dengan adanya kasih sayang..
persahabatan ..akan..
     harmoni dengan sikap toleransi..
     abadi pabila sahabat sehati..
     manis bersama titipan kuntuman doa...

tiada yang lebih bermakna melainkan persahabatan sejati dan hakiki..
hargailah sahabat-sahabat yang kita ada,,kerana mereka jua segalanya untuk kita,,selepas keluarga..

wallahua'lam...

Sunday, May 15, 2011

bila diri di uji

Assalamualaikum w.b.t 
sekian lama tidak menulis di sini, terasa ingin berkongsi sesuatu yang mungkin boleh dijadikan peringatan untuk diri saya juga sahabat-sahabat,, 

setiap yang ada di muka bumi ini adalah hamba Allah..dan setiap yg hidup itu pasti tidak akan sunyi dengan dugaan dan ujian Penciptanya.. jadi sebagai hamba yang telah dikurniakan nikmat yang pelbagai, usah mengeluh dengan ujian-ujian ini,,sebalik nya bersyukur lah kerana Allah sayang pada kita.. 

teringat kata-kata Dato' Dr.Fadzilah Kamsah..
" apabila kita ditimpa musibah, bencana, katakanlah (innalillahiwainnailaihirojiu'n) kita harus terima bahawa segalanya datang dari Allah dan kepada Allah ianya kembali, sebutkan aku redha
dan hati kita harus benar-benar redha dengan qada’ dan qadar Allah,  berdoa untuk dapat yang lebih baik
di saat sedih begini, doa kita lebih mustajab… dipohon dengan hati yang benar-benar ikhlas… dan ingatlah bahawa Allah maha mendengar rintihan hamba-hambaNya
jangan takut dengan musibah kerana Allah menguji kita dengan keperitan sebelum diberi kebahagiaan…. dan berazamlah untuk menjadi yang lebih baik… untuk mendapatkan yang lebih baik.,,, 

wallahua'lam... 

Monday, May 9, 2011

bukan mudah...

bukan mudah... untuk berjaya...
bukan mudah.. untuk mendapatkan sesuatu yang kita sendiri belum pasti itu milik kita..
bukan mudah,, untuk memiliki dan dimiliki..
bukan mudah,,,untuk disayangi dan menyayangi..
bukan mudah.. untuk mengasihi dan dikasihi..
bukan mudah..meraih bahagia..
bukan mudah.. meraih gembira..
bukan mudah.. meraih cintaNYA...
bukan mudah...untuk berbicara..
bukan mudah..meluah kata..
bukan mudah...berdepan segala..
bukan mudah...mencapai redhaNYA..
namun... usah khuatir,,,walaupun bukan mudah mendapatkan semua ini...pasti ada jalan kemudahannya.. 
"Allahuyassirwalatua'ssir ya kareem".. wallahua'lam. =) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...