Tuesday, December 21, 2010

KEWAJIPAN ANAK TERHADAP KEDUA IBUBAPA



Salam ukhuwah sahabat, teman, yang sentiasa dirahmati Allah…bila ditanya, apakah yang paling berharga di dunia ini.. pasti ada yang menjawab berlian emas permata dan sebagainya,,, ada pula yang menjawab tiada lagi yang lebih bernilai melainkan nikmat iman dan islam, dan ada juga yang berkata yang berharga itu adalah sahabat yang sentiasa disisi…semua yang di atas memang benar, namun jangan kita lupa bahawa satu perkara yang paling berharga di sisi kita sekarang ini adalah kedua ibu bapa.

Setiap insan mempunyai ibu bapa, siapalah kita tanpa mereka,, oleh yang demikian, marilah berbuat baik kepada mereka, selagi mereka masih di sisi, jika yang sudah tiada, doakanlah mereka dengan sebaiknya. Sesungguhnya berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu amalan yang mulia dalam islam. Bahkan redha Allah kepada anak bergantung kepada redha ibubapa terhadapnya. Sabda Rasulullah saw bermaksud: “redha Allah itu berada dalam redha kedua orang tua, dan murka Allah itu berada dalam murka kedua orang tua”.(riwayat Abdullah bin ‘Amr)

Jadi apa lagi yang mahu diragukan,, apa lagi yang mahu dinafikan, adakah sukar melakukan kebaikan kepada ibu bapa? Adakah sukar untuk berbakti kepada mereka?..sesungguhnya telah termaktub bahawa ia adalah kewajipan seorang anak. Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr Ash r.a.. bahawa ia berkata:
“seorang anak lelaki datang menghadap Rasulullah seraya berkata, “ aku mengadakan perjanjian denganmu untuk berhijrah dan berjihad demi mencari pahala daripada Allah”. Nabi bertanya, “ apakah ada seorang di antara orang tuamu yang masih hidup?”.Ia menjawab, “ bahkan keduanya masih hidup”Rasulullah bertanya lagi, “ apakah engkau ingin mencari pahala daripada Allah?.”Ia menjawab, “ya” nabi bersabda: “ kembalilah kamu kepada orang tuamu dan layanlah mereka dengan baik”

Dikisahkan lagi bahawa jahamah r.a telah mendatangi Rasulullah saw seraya berkata, “ wahai Rasulullah, aku ingin berperang dan aku dating untuk bermusyawarah denganmu.” Nabi bertanya, “ apakah kamu mempunyai ibu?” dia menjawab, “ ya”. Baginda bersabda: “ tinggallah dan berbaktilah kepadanya kerana sesungguhnya syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu”.

Nah,,sahabat,,ternyata bahawa berbuat baik kepada kedua ibu bapa itu sangatlah diutamakan, demi mencari redha Allah..masyaAllah..muhasabah diri kita kembali..adkah sudah berbakti pada mereka,,, adakah sudah kita layani mereka dengan layanan yang baik… adakah sudah kita berterima kasih kepada mereka….renungkan untuk menggapai redha Allah…insyaAllah
Wallahua’lam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...