Saturday, December 11, 2010

DIMANA KEDAMAIAN HATI

KEDAMAIAN HATI TERLETAK
PADA AKHLAK YANG MULIA

Sikap seseorang akan terpantul kepada orang lain, dan begitu pula sebaliknya. Dengan kata lain, jika seseorang berbuat baik kepada orang lain, maka orang lain pun akan melakukan hal yang serupa kepadanya.maka sesiapa yang berbuat baik kepada orang lain, hati dan jiwanya akan tenang. Dia akan menikmati anugerah hidup dari Allah dalam suasana yang penuh tolak ansur serta keharmonian.

            Orang yang buruk bengis penampilan serta pembawaannya,maka orang lain juga akan melakukan hal yang sama kepadanya. Sesiapa yang tidak menghormati orang lain,maka orang lain pun tidak akan hormat kepadanya.

            Orang yang baik akhlaknya lebih dekat kepada ketenangan, jauh daru kesusahan dan kegelisahan. Tambahan pula,akhlak yang baik adalah ibadah kepada Allah dan sangat dianjurkan dalam Islam. Firman Allah SWT; yang bermaksud:
“ jadilah engkau pemaaf,serulah orang-orang mengerjakan kebaikan dan berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh” (surah al-a’araf : 199).

            Manakala tentang keperibadian Rasulullah saw, Allah berfirman yang bermaksud :
“ sebab rahmat dari Allah, maka kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka.sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu,kerana itu, maafkanlah mereka,mohonlah ampunan untuk mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka. Apabila kamu telah bertekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal.” (surah al-imran:159)

            Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “ sesungguhnya orang yang paling aku cintai dari kamu adalah orang yang paling baik akhlaknya,yang sentiasa menjaga persaudaraan dan menyenangi serta disenangi.orang-orang yang paling aku benci dari kamu ialah mereka yang suka mengadu domba,yang memisahkan antara orang yang saling mengasihi dan mencari aib orang yang bersih”.

Buat renungan dan perkongsian kita bersama,,wallahua’lam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...