Sunday, April 17, 2011

kata-kata pujian...

KATA-KATA PUJIAN MERANGSANG POTENSI DIRI


Potensi diri unik sebenarnya. Ramai yang menyatakan potensi sebagai nasib atau tuah yang berlaku di luar kawalan individu. Sebenarnya potensi boleh dikesan, dipupuk seterusnya digilap untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Melalui kekuatan dan kelemahan yang kita ketahui memudahkan kita membuat perancangan. Sebarang kesilapan wajar diperbaiki dan kekuatan wajar dikekalkan. Individu yang gagal berkemungkinan tidak mengenali dirinya sendiri. Sebaliknya mereka yang terus mencipta kejayaan faham dan tahu tentang kehendak diri.
Setiap individu juga perlu mengenalpasti potensi diri dan mencari kekuatan serta mengetengahkannya secara positif. Tidak dinafikan bahawa manusia memiliki sifat-sifat negative, namun ia boleh dikurangkan. Apa yang penting ialah kita perlu mendalami diri sendiri, cuba melakukan sesuatu dengan baik dan seterusnya menerima diri seadanya.
 untuk mencari potensi diri, pelbagai cara boleh dilakukan. Namun kepercayaan dan daya usaha menjadi pemangkin kepada kejayaan mencapai potensi diri. Begitu juga dengan tindakan yang menjurus kepada apa yang diinginkan dicapai mestilah selari dengan matlamat yang diimpikan.
Melafazkan kata-kata seronok dan membahagiakan
Seseorang perlu melafazkan kata-kata seronok bagi member lonjakan semangat kepada diri, keluarga atau rakan. Mulakan melafazkan kata-kata seronok dan pujian kepada pasangan atau anak-anak, mahupun rakan-rakan. Insha-Allah apabila sifay-sifat positif itu telah tertanam di dalam minda, maka kejayaan akan menyusul kemudian. Kata-kata pujian adalah salah satu cara dan kunci untuk menaikkan semangat kita dalam mencapai kejayaan dan matlamat yang diimpikan.
Lakukan selama 21 hari
Kenapa 21 hari?? Kerana kitaran lengkap sel dalam minda lengkap selama 21 hari. Setiap sel ada ingatan kepada apa yang selalu diperkatakan atau diprogramkan,sekiranya dilakukan selalu, insha-Allah apa yang dihajati akan menjadi realiti.
Selain itu, kenyataan positif juga penting sebab minda ini mempunyai berjuta-juta sel yang mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Bila kita menyatakan perkataan yang gembira bahan ini akan mengeluarkan sel-sel padu yang boleh menerima kenyataan untuk disimpan di dalam minda. Waktu tidur adalah waktu terpilih untuk memberikan kata2 positif khususnya kepada anak-anak kerana pada masa inilah alpha brain wave berada pada tahap yang tenang dan maksimum. Anda akan lihat perubahannya apabila anda lakukannya dalam masa 21 hari.  ( dr azizan osman)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...