Sunday, April 17, 2011

mata wang

SEJARAH MATA WANG ISLAM………

Duit adalah medium penting dalam perniagaan pada hari ini. Sebelum duit diperkenalkan, pelbagai barangan digunakan sebagai pertukaran bagi mendapatkan sesuatu jenid barangan dan perkhidmatan seperti makanan, buah-buahan da haiwan dalam system yang dikenali sebagai sistem barter. System ini membolehkan manusia memperoleh barangan dan perkhidmatan yang mereka perlukan dalam kehidupan mereka daripada ahli masyarakat yang lain tanpa menggunakan medium yang dipanggil duit.
Sebelum tahun 696 masihi, masyarakat arab menghasilkan duit yang mempunyai pengaruh salah satu daripada dua kuasa besar pada abad ketujuh masihi iaitu kerajaan Sasanid atau kerajaan Byzantium. Mata wang digunakan oleh masyarakat arab sebagai medium mendapatkan barangan dan perkhidmatan dalam urusan harian mereka selama 31 tahun selepas peristiwa hijrah. Kedua-dua pengaruh ini mempunyai gambar pemerintah di atas duit yang dikeluarkan.
Dinasti umayyah di bawah pemerintahan khalifah Abd. Al- Malik ibn Marwan (685-705masihi ) telah mengambil inisiatif mengeluarkan duit kerajaan islam bagi menyatukan seluruh umat islam ketika itu dengan menggunakan ciri-ciri duit empayar Byzantium. Maharaja Rom ketika itu merasa tercabar dan tidak mengiktiraf duit yang dikeluarkan oleh khalifah Abd.Al-Malik.
Dalam sejarah islam, penghasilan duit syiling dengan menggunakan seni hiasan Islam sepenuhnya bermula pada tahun 696-698masihi. Duit ini menggunakan motif kaligrafi kufi di kedua-dua belah permukaan syiling yang dihasilkan. Gaya hiasan ini kemudiannya telah diguna pakai selama beberapa ratus tahun oleh dinasti Islam  yang lain di seluruh dunia Islam.
Pertukaran rekaan duit ini aladah sebagai tindak balas khalifah Abd Al-Malik selepas maharaja Byzantium mengeluarkan rekaan duit yang sama dengan yang dikeluarkan oleh baginda. Kahlifah Abd. Al-Malik juga mengeluarkan dekri supaya duit yang dikeluarkan baginda digunakan di dalam wilayah pemerintahan Dinasti Umayyah sepenuhnya. Manakala duit yang dikeluarkan oleh Empayar Byzantium yang terdapat dalam wilayah Dinasti Umayyah telah dikumpulkan dan dileburkan semula bagi pengeluaran duit Dinasti Umayyah. Sesiapa yang ingkar akan dijatuhkan hukuman berat.
(sumber : ros mahwati ahmad zakaria)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...