Sunday, July 31, 2011

ahlan ya ramadhan

bismillahirrahmnirrahim.. assalamualaikum wbt... alhamdulillah bersyukur ku kehadrat Illahi dengan limpah kurnia dan keizinanNya dapat aku bernadi dalam nafas yang dikurniakanNya. alhamdulillah ya rabb. selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw dan keluarga baginda..

alhamdulillah, pada malam ramadhan ini..aku masih berkesempatan membuka tirai ramadhan dengan menunaikan sunat tarawih bersama masyarakat desa, dengan iringan selawat pembukaan, tazkirah-tazkirah pendek disusulkan cukup menenangkan jiwa yang kian tandus dengan resepi-resepinya. =) alhamdullilah masih mempunyai kudrat ini untuk meneruskan ramadhanMu, dan ku berharap peluang ini dapat kutunaikan sebaiknya, akan ku rebut peluang yang ada ini untuk menjadi hamba yang beriman lagi bertakwa, bukan hamba yang berada didalam kerugian,, insyaAllah..

ramadhan medan tarbiyah diri, tazkiyatunnafs, didik jiwa dan rohani yang kian lama bermanja.. selamat menunaikan ibadah puasa jua ayuh sama-sama meningkatkan kualiti ibadah..segalanya bermula disini dan ia tidak akan berhenti sebelum kita dipanggil pergi oleh Illahi.. insyaAllah.. wallhua'lam.  =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...