Monday, April 18, 2011

jangan putus asa untuk berdoa

Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)
Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)
Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)
Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)
Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja

Sunday, April 17, 2011

mata wang

SEJARAH MATA WANG ISLAM………

Duit adalah medium penting dalam perniagaan pada hari ini. Sebelum duit diperkenalkan, pelbagai barangan digunakan sebagai pertukaran bagi mendapatkan sesuatu jenid barangan dan perkhidmatan seperti makanan, buah-buahan da haiwan dalam system yang dikenali sebagai sistem barter. System ini membolehkan manusia memperoleh barangan dan perkhidmatan yang mereka perlukan dalam kehidupan mereka daripada ahli masyarakat yang lain tanpa menggunakan medium yang dipanggil duit.
Sebelum tahun 696 masihi, masyarakat arab menghasilkan duit yang mempunyai pengaruh salah satu daripada dua kuasa besar pada abad ketujuh masihi iaitu kerajaan Sasanid atau kerajaan Byzantium. Mata wang digunakan oleh masyarakat arab sebagai medium mendapatkan barangan dan perkhidmatan dalam urusan harian mereka selama 31 tahun selepas peristiwa hijrah. Kedua-dua pengaruh ini mempunyai gambar pemerintah di atas duit yang dikeluarkan.
Dinasti umayyah di bawah pemerintahan khalifah Abd. Al- Malik ibn Marwan (685-705masihi ) telah mengambil inisiatif mengeluarkan duit kerajaan islam bagi menyatukan seluruh umat islam ketika itu dengan menggunakan ciri-ciri duit empayar Byzantium. Maharaja Rom ketika itu merasa tercabar dan tidak mengiktiraf duit yang dikeluarkan oleh khalifah Abd.Al-Malik.
Dalam sejarah islam, penghasilan duit syiling dengan menggunakan seni hiasan Islam sepenuhnya bermula pada tahun 696-698masihi. Duit ini menggunakan motif kaligrafi kufi di kedua-dua belah permukaan syiling yang dihasilkan. Gaya hiasan ini kemudiannya telah diguna pakai selama beberapa ratus tahun oleh dinasti Islam  yang lain di seluruh dunia Islam.
Pertukaran rekaan duit ini aladah sebagai tindak balas khalifah Abd Al-Malik selepas maharaja Byzantium mengeluarkan rekaan duit yang sama dengan yang dikeluarkan oleh baginda. Kahlifah Abd. Al-Malik juga mengeluarkan dekri supaya duit yang dikeluarkan baginda digunakan di dalam wilayah pemerintahan Dinasti Umayyah sepenuhnya. Manakala duit yang dikeluarkan oleh Empayar Byzantium yang terdapat dalam wilayah Dinasti Umayyah telah dikumpulkan dan dileburkan semula bagi pengeluaran duit Dinasti Umayyah. Sesiapa yang ingkar akan dijatuhkan hukuman berat.
(sumber : ros mahwati ahmad zakaria)

kata-kata pujian...

KATA-KATA PUJIAN MERANGSANG POTENSI DIRI


Potensi diri unik sebenarnya. Ramai yang menyatakan potensi sebagai nasib atau tuah yang berlaku di luar kawalan individu. Sebenarnya potensi boleh dikesan, dipupuk seterusnya digilap untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Melalui kekuatan dan kelemahan yang kita ketahui memudahkan kita membuat perancangan. Sebarang kesilapan wajar diperbaiki dan kekuatan wajar dikekalkan. Individu yang gagal berkemungkinan tidak mengenali dirinya sendiri. Sebaliknya mereka yang terus mencipta kejayaan faham dan tahu tentang kehendak diri.
Setiap individu juga perlu mengenalpasti potensi diri dan mencari kekuatan serta mengetengahkannya secara positif. Tidak dinafikan bahawa manusia memiliki sifat-sifat negative, namun ia boleh dikurangkan. Apa yang penting ialah kita perlu mendalami diri sendiri, cuba melakukan sesuatu dengan baik dan seterusnya menerima diri seadanya.
 untuk mencari potensi diri, pelbagai cara boleh dilakukan. Namun kepercayaan dan daya usaha menjadi pemangkin kepada kejayaan mencapai potensi diri. Begitu juga dengan tindakan yang menjurus kepada apa yang diinginkan dicapai mestilah selari dengan matlamat yang diimpikan.
Melafazkan kata-kata seronok dan membahagiakan
Seseorang perlu melafazkan kata-kata seronok bagi member lonjakan semangat kepada diri, keluarga atau rakan. Mulakan melafazkan kata-kata seronok dan pujian kepada pasangan atau anak-anak, mahupun rakan-rakan. Insha-Allah apabila sifay-sifat positif itu telah tertanam di dalam minda, maka kejayaan akan menyusul kemudian. Kata-kata pujian adalah salah satu cara dan kunci untuk menaikkan semangat kita dalam mencapai kejayaan dan matlamat yang diimpikan.
Lakukan selama 21 hari
Kenapa 21 hari?? Kerana kitaran lengkap sel dalam minda lengkap selama 21 hari. Setiap sel ada ingatan kepada apa yang selalu diperkatakan atau diprogramkan,sekiranya dilakukan selalu, insha-Allah apa yang dihajati akan menjadi realiti.
Selain itu, kenyataan positif juga penting sebab minda ini mempunyai berjuta-juta sel yang mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Bila kita menyatakan perkataan yang gembira bahan ini akan mengeluarkan sel-sel padu yang boleh menerima kenyataan untuk disimpan di dalam minda. Waktu tidur adalah waktu terpilih untuk memberikan kata2 positif khususnya kepada anak-anak kerana pada masa inilah alpha brain wave berada pada tahap yang tenang dan maksimum. Anda akan lihat perubahannya apabila anda lakukannya dalam masa 21 hari.  ( dr azizan osman)

Tuesday, March 22, 2011

pengalaman baru

bismillahirrahmanirrahim...baru hari ni dapat berkongsi lagi pengalaman baruku,,, so,, nk cerita lah sikit.. 


TADIKA ISLAM AN-NAJWA >>> BANDAR BARU SALAK TINGGI…SEPANG…
Titik permulaan pengalaman dalam sector pekerjaan,, peluang yang dating tanpa disedari dan dirancang,,akhirnya menjadi pengalaman pertama dalam dunia bekerja,, dipendekkan cerita, aku jumpa kerja ni kat dalam paper,, saje call pemiliknya,,then samapi je kat tadika sepang, puan maryati(pengurus) interview ak sikit dgn bertanyakan beberapa soalan yg berkaitan, then dia minta aku dtg hari ahad (6 mac 2011)… J di sinilah bermulanya episode baru di awal cuti ku,,,>>>>>ayah moksin adalah pengurus disana manakala isterinya ibu maryati adlh pebgurus program, ada 3 guru lain, kak fatimah zahraa, kak fatimah(k.imah), kak nabila(k.bella). diorang sume baik-baik belaka.. dari ganu, noghori n klang,,, pada malam pertama berada di tadika,, Alhamdulillah aku boleh tidur dengan lena,,, walaupun sebelum tu fikiran ni memikirkan apa yg akan berlaku hari esok,,, >>>
07 mac 2011
Hari pertama yang AMAT MENDEBARKAN,,, apakah yang akan berlaku, apakah yang perlu aku buat, macammana? Betul ke? Aduhh,,macam-macam yang aku fikir,, hati ni berdegup macam lumba lari 200meter,,fuhh,,, seawall pagi jam 7.20am, anak-anak sampai di perkarangan tadika.. kak Fatimah zahraa(kak timah) adalah penjaga pagar yg amat setia..dia lah yg menunggu anak2  datang dan balik setiap hari… waaa chomel2 anak-anak kat sini,,, melihat keletah,,hemm amat memenatkan,, tp geli hati,,, perkataan (yei yei ade cikgu baru! Cikgu baru!!! Name ckgu sape?) alahaai comey nye,,geramm.. :-)
Minggu ini aku hanya memerhatikan perjalanan waktu tadika,,, aku hanya bantu ayah moksin mengajar, memandikan anak-anak, membentangkan tilam utk anak-anak tidur, memerhati,dan mengemaskan ruang bawah pada waktu petang, aku juga menemani kak timah menunggu anak-anak pulang.. hari pertama bekerja amat penat dan sangat letih,,, dengan kerenah anak-anak yang kebanyakannya lincah2… memeningkan kepala,,huhuhuhu,,biaselah budak-budakkan,,,xpe sabar,, kita nanti hari esok pula…ahaa lagi satu hari pertama kerja dah dapat kerja dari ayah moksin, huhu,,kene tulis lagu “alphabet >. Ants on the apple” di atas kertas mahjung…wooo..seb bek aku suke bab2 bende2 cam ni,,x lah merungut sangat..heheh..malamnya aku terus buat kerja tu sebab esok ayah nk tengok.. sempat la wat sikit,,selebihnya buat esoknya pulak,,da x larat,,ngantuk dan tidooooo… :-) slmt mlm….

Tuesday, March 1, 2011

kepada-Mu


Ya Allah..
Aku datang kepadamu dengan penuh kepasrahan
Ketika dihadapkan kepada pilihan terberat..

Ya Rahman..
Berikan ketetapan hati bagiku
Hati yang terbaik yang sama-sama kita lihat
Hati yang bukan saja menyejukkan dalam pandanganku
Namun hati yang telah Ku lihat sampai relung kalbunya

Allah Maha Kuasa
Maha melihat masa depan,
Maha melihat apa yang akan terjadi
Engkau juga yang mengetahui keinginan di dalam hatiku

Ya Allah..
Jika mendambanya adalah kesalahan
Jika merindunya adalah kekeliruan
Tolong jangan biarkan hati ini terbuai dalam fatamorgana ini..

Jika kesempurnaannya bukanlah untukku
Maka jauhkanlah dia dari hatiku
Hapuskanlah Khayalan indah tentangnya
Dan jangan biarkanku terlena didalamnya
Gantikan aku kesempurnaan yang sebenarnya untuk dia...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tidak ku ketahui…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...