Monday, May 16, 2011

selamat hari guru ..cikgu,,!

jika dahulu aku seorang pelajar..
kini aku bergelar seorang guru..
.
jika dahulu aku sibuk menyediakan sesuatu untuk guruku..
kini aku melihat anak-anak didikku sibuk membawakan sesuatu..

jika dahulu lisan ini yang mengatakan " selamat hari guru, cikgu..saya sayang cikgu" 
kini lisan ini hanya membalas terima kasih sayang...

jika dahulu guru-guru letih melayan kerenah ku, gelagatku, kepetahanku..
kini aku merasai suasana yang sedemikian rupa..

jika dahulu aku ada mendengar keluhan guru...
kini aku sendiri melakukan perkara yang sama...

jika dahulu aku memikirkan tugas mendidik itu mudah..
kini aku merasakan tugas mendidik inilah yang mencabar..

mendidik anak-anak bangsa..kearah melahirkan pewaris agama Allah..
kearah melahirkan rijal yang membangunkan syiar islam.. 
semuanya bermula dengan bertatih mengenal abjad dan nombor..
bersama keazaman dan kesabaran,,, maka akan lahirlah mereka ini.. 
biiznillah ..inshaAllah..

sesuai dan bertepatan dengan tema hari guru 16 mei 2011 
" GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

terima kasih cikgu kerana mengajarkan kami.....
wallahua'lam..
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...