Sunday, May 15, 2011

bila diri di uji

Assalamualaikum w.b.t 
sekian lama tidak menulis di sini, terasa ingin berkongsi sesuatu yang mungkin boleh dijadikan peringatan untuk diri saya juga sahabat-sahabat,, 

setiap yang ada di muka bumi ini adalah hamba Allah..dan setiap yg hidup itu pasti tidak akan sunyi dengan dugaan dan ujian Penciptanya.. jadi sebagai hamba yang telah dikurniakan nikmat yang pelbagai, usah mengeluh dengan ujian-ujian ini,,sebalik nya bersyukur lah kerana Allah sayang pada kita.. 

teringat kata-kata Dato' Dr.Fadzilah Kamsah..
" apabila kita ditimpa musibah, bencana, katakanlah (innalillahiwainnailaihirojiu'n) kita harus terima bahawa segalanya datang dari Allah dan kepada Allah ianya kembali, sebutkan aku redha
dan hati kita harus benar-benar redha dengan qada’ dan qadar Allah,  berdoa untuk dapat yang lebih baik
di saat sedih begini, doa kita lebih mustajab… dipohon dengan hati yang benar-benar ikhlas… dan ingatlah bahawa Allah maha mendengar rintihan hamba-hambaNya
jangan takut dengan musibah kerana Allah menguji kita dengan keperitan sebelum diberi kebahagiaan…. dan berazamlah untuk menjadi yang lebih baik… untuk mendapatkan yang lebih baik.,,, 

wallahua'lam... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...