Tuesday, October 25, 2011

bahtera pelayaran

pada suatu petang yang hening, bersama riuhan langit dengan kilatnya, rintikan hujan yang bakal membasahi bumi dengan ghus.. aku mendiamkan diri melihat ciptaan Allah dari jendela.
Kufikirkan asal kejadianku, kufikirkan dimana aku dahulu, kufikirkan sampai ke tahap ini aku melangkah, aku berada ditempat yang ku kagumi suatu ketika dahulu, terlalu banyak ujian juga rahmat Allah kepadaku, dan rahmatNya itu tidak dapat ku ceritakan betapa nikmatnya betapa banyaknya….alhamdulillah ya Rabb…
Terasa mata berat melawan rasa ngantuk, tidak tertahan rasanya, akhirnya aku merebahkan diri di atas kamar yang tersedia rapi, melelapkan mata mengharapkan tidur yang lena dan tenang, moga aku dibangunkan semula jam 3 nanti.
Berlayar samudera alam… ku tidak tahu dimana aku, Cuma yang kupasti, aku sedang membawa sebuah bas, besar dan panjang. aku melalui jalan yang mendaki, seolah-olah bukit yang tinggi, kiri dan kanannya tersedia gaung menadah. Ya Allah betapa gayatnya aku saat itu, ku gagahkan jua membawa bas tersebut, tidak kuberhenti tidak pula ku berehat, akhirnya di hujung jalan ku terpaksa memusing stereng kerana disitu ada selekoh yang tajam.. rasa dihati benar-benar takuut, gaayat, seramm untuk melaluinya,,namun ….akhirnya… ku Berjaya melepasi semua itu.. jalan kembali mendatar,, kuternampak ada sebuah rumah yang besar di sana.. elok sampai dihadapan ku berhentikan bas dengan hati yang lega dan syukur.
Elok ku letakkan kaki di atas tanah,,,, ku tersedar dari khayalan mimpi,,,rupanya bahtera yang berlayar telah sampai ke destinasi, jam 3 berdering, =) oh..ku protes diriku “knp bangunnnnn…. X habis mimpi lagii.. rumah siapa lah tadi.. apa la yang ada di dalamnya,,, “ .hajat di hati ingin meneruskan mimpi yang masih tidak sempurna.. ku lelap kan mata.. tapi sayang peluang hanya sekali,, mimpiku tidak boleh disambung lagi dengan meninggalkan tnada persoalan – milik siapakah rumah tersebut? Apakah yang ada didalamnya? Adakah milikku? …
Wallahua’lam…
Kisah pelayaran mimpi ingin kukongsi bersama,, kerna sudah kian lama ku tidak bermimpi.. =) kisah pengalaman mimpi pertama aku membawa bas.. huhuhuhu… advanture skill.. itulah kehidupanku yang sentiasa ada ranjaunya.. moga aku sampai ke destinasi walaupun payah dengan ujian melanda.. 

2 comments:

  1. byk persoalan lain yg boleh anda timbulkn selain dr rumah itu..antranya..apkh tujuan anda ke situ..sbb apa anda memandu bas n xkndraan lain..hehe...peace...(^_^)

    ReplyDelete
  2. yezza.. betul2.. tertnya jugak knp la mesti bawak bas.. x kapal laut ke.. kereta kebal ke... heee... =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...